Skybox 101: Adakah Pengguna Broadband Layak Menggunakan Servis Ini?

Ramai diantara kita yang masih menggunakan produk broadband sebagai medium mengakses internet. Bukan sahaja kerana ianya murah malahan ianya amat praktikal, kerana ia membolehkan anda mengakses maklumat di mana sahaja anda berada selagi pemancarnya terdapat di sana. Persoalan sekarang ialah bolehkah pengguna broadband menggunakan servis kami?

3G USB Dongle & Router

Jawapannya sudah tentu boleh. Anda dikehendaki mendapatkan 3G router di kedai komputer berhampiran anda dan pastikan 3G dongle anda bersesuaian atau compatible dengan 3G router yang bakal dibeli. Sila kemukakan 3G dongle model no. kepada jurujual komputer dan dapatkan khidmat nasihat mereka mengenai 3G router yang terbaik bagi 3G dongle anda.
3G Router TP-Link TL-MR3420

Broadband Speed & Quota

Skybox anda akan tetap berfungsi seperti biasa tanpa gangguan walaupun speed telah dikurangkan apabila kehabisan quota kerana maklumat atau data kad yang didownload dari internet tidak pun sampai 1kb/60saat. Jadi, anda tidak perlu khuatir selagi broadband anda masih belum tamat tempohnya.

El-Akhlaqen
iTrade.Net
017-6967760




No comments:

Post a Comment